SELAMAT DATANG (WELCOME) Blog BOY GILE. Jika anda ada sebarang maklumat atau pengumuman untuk disiarkan di blog ini, sila hubungi di sini. Maklumat atau pengumuman yang tidak berbentuk perniagaan adalah percuma. Blog ini berkonsepkan maklumat dari pelbagai sumber. Artikel yang disiarkan bersifat berkecuali dan tidak memihak atau mewakili mana-mana pertubuhan atau parti politik.
Tuesday, 19 April 2011
Telur Tiruan Dari China Perlu Penguatkuasaan
Teknologi telur tiruan telah pun wujud di China sejak 2009 lagi atau pun mungkin sebelum itu. Namun begitu, ia tidak menjadi panas di Malaysia sejak selepas SM Mohamad Idris dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang mula membangkitkan isu telur tiruan yang dijumpai di pasar Pulau Tikus, Pulau Pinang.
Jika sekiranya peniaga-peniaga dapat menjual 30% telur tiruan daripada jumlah keseluruhan telur yang diletakkan di kedai atau pasaraya besar, ia sudah memadai dan menguntungkan. Telur tiruan lebih tahan lama dari telur asli yang hanya bertahan 2 minggu.
Peniaga-peniaga kedai makan akan lebih cenderung menggunakan telur tiruan ini kerana mereka memerlukan purata sekurang-kurangnya 200 – 300 biji sehari untuk masakan. Jika digunakan, tiada siapa yang tahu. Penggunaan di kedai-kedai makan kemungkinan berlaku kerana harga telur asli sentiasa berubah tambahan dengan kenaikan harga minyak tetapi telur tiruan boleh dibuat sendiri.
Cuma amat menghairankan apabila Kementerian Pengguna cuba menafikan telur yang dijumpai di Pulau Pinang adalah telur tiruan dengan mengatakan keputusan penyelidikan makmal di Kuala Lumpur telah mengesahkannya.
Diharapkan pihak kerajaan menjalankan penguatkuasaan yang lebih ketat. Telur yang diuji beberapa biji itu tidak boleh ditakrifkan sebagai mewakili seluruh pasaran telur di Malaysia.
blog dari chinahush mendedahkan cara mengenal pasti telur tiruan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment